TUN SYED NASIR TOUCH 7’s
2013 1.0
Peraturan Perlawanan
·
Pendaftaran
Pasukan
1.
Setiap pasukan perlu mendaftarkan 10 orang
pemain dan 7 orang pemain akan bermain dalam satu masa (7 sebelah).
2.
Setiap pasukan hendaklah menhantar borang
pendaftaran melalui e-mel dan membuat pengesahan pendaftaran pemain pada hari kejohanan.Maklumat
perlu dilengkapkan untuk mengelakkan sebarang masalah.
3.
Pendaftaran akan ditutup pada 1 Disember
2013.Sebarang urusan selepas tarikh tersebut perlu melalui Urusetia.
4.
Pada hari perlawanan (Sabtu sahaja) setiap
pasukan akan disediakan dengan sarapan pagi.
5.
Pengangkutan ke UKM akan disediakan seperti
disertakan dalam borang pendaftaran sekiranya memerlukan (pelajar UKM sahaja).
6.
Pengurus pasukan hendaklah menghantar senarai
nama pasukan mereka ( minimum 7 orang pemain ) ke Urusetia sekurang-kurangnya
30 minit sebelum perlawanan pertama menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan yang
disediakan.
7.
Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang
tidak didaftarkan sepanjang pertandingan boleh dibatalkan penyertaannya.
·
Perlawanan
1.
Semua pasukan hendaklah berada di padang 5
minit sebelum sepak mula perlawanan mereka.
2.
Mana-mana pasukan yang gagal untuk berada di
padang 5 minit sebelum sepak mula ataupun selepas 3 kali pengumuman dibuat
boleh ditolak penyertaannya (BYE) sekiranya pasukan lawan telah berada di
padang.
3.
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal untuk berada
di padang 5 minit sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan tersebut boleh ditolak
penyertaannya.
4.
Seorang pemain daripada setiap pasukan
dikehendaki menjadi ‘Touch Judge’ untuk perlawanan yang melibatkan pasukan
masing-masing.
5.
Pertukaran Pemain
·
Semua pemain
boleh ditukar sepanjang permainan berlangsung.
·
Sistem permainan adalah secara “ Rolling substitution “
6.
Setiap ‘TOUCH’
perlulah dilakukan menggunakan kedua-dua belah tangan.
7.
Sistem ‘Throw
out’ digunakan dalam kejohanan ini.
Pemarkahan
1.
5 mata akan
diberikan bagi setiap ‘TRY’ yang dilakukan.
2.
Markah berikut akan diberikan sekiranya :
i.
Menang -
3 mata
ii.
Seri - 1 mata
iii.
Kalah - 0 mata
iv.
Walk-over - 3 mata
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang
terikat dengan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan berpandu kepada
urutan berikut :
·
Pasukan dengan
lebih perbezaan skor dikira pemenang (jaringan-kena)
·
Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah
skor (try) terbanyak dikira pemenang.
·
Jika masih seri, maka pasukan dengan jumlah
kena paling sedikit dikira pemenang.
·
Sekiranya keputusan masih seri, lambungan
syiling akan dibuat.
3. Sekiranya
perlawanan ‘BYE’,pasukan yang hadir pada perlawanan tersebut akan diberikan
mata kemenangan 15-0 .
Cara mementukan keputusan ( kalah mati )
1.
Bagi pertandingan peringkat kalah mati,
sekiranya berlaku seri selepas tamat masa sebenar permainan, urutan berikut
akan diguna pakai bagi menentukan pemenang.
·
Masa tambahan 5 minit “sudden death” akan diberikan dengan pemain dikurangkan satu orang setiap pasukan(6 pemain sepasukan)
·
Pasukan yang mendapat try terlebih dahulu
dalam tempoh tersebut akan diisytiharkan sebagai pemenang.
·
Sekiranya masih tiada keputusan selepas masa tambahan
berakhir, maka lambungan syiling “best of
three” akan dilakukan bagi menentukan pemenang.
Tempoh perlawanan
1.
Tempoh perlawanan bagi peringkat kumpulan,
suku akhir, separuh akhir adalah 15 minit setiap perlawanan ( 7-1-7 minit.)
2.
Masa perlawanan akhir ialah 21 minit setiap
perlawanan ( 10-1-10 minit )
Pemain dibuang padang
1.
Pemain yang dibuang padang oleh pengadil tidak
akan dibenarkan bermain dalam perlawanan sehingga perkara tersebut telah
diselesaikan mengikut laporan disiplin dan tertakluk kepada peraturan
perlawanan.
Biro aduan
1.
Biro aduan akan menguruskan perkara yang
berkaitan dengan aduan berkaitan pertandingan. Sebarang aduan atau
ketidakpuasan hendaklah diajukan dengan notis bertulis kepada Pengarah
Pertandingan beserta tunai sebanyak RM 300.00 yang tidak akan dikembalikan.
2.
Biro aduan
juga mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang isu yang timbul berhubungan
dengan pertandingan. Keputusan biro aduan adalah muktamad dan tertakluk kepada
sebarang semua pihak yang telah dimaklumkan.
PERATURAN RAGBI RIMAU
1) SAIZ
DAN UKURAN PADANG:
- KELUASAN PADANG = 70Meter X 50Meter
- Garisan 22 meter menjadi line 15 meter
- Garisan 5 meter sebelum garisan skor ( line try) sama dan tiada perubahan, iaitu 5meter dari line try juga.
- Kawasan skor boleh dibuat antara 5-10 meter dibelakang garisan skor(line try).
- Garisan 10 meter daripada garisan tengah(halfway) bertukar menjadi 5 meter.
- Garisan 5 meter ( line out) bertukar menjadi 3 meter.
- Garisan 15 meter ( line out) bertukar menjadi 10 meter sahaja.
2)PERATURAN
AM
a) SEPAKAN
MULA
- Sepakan mula dari garisan tengah (half way) dengan menggunakan teknik sepakan“drop kick”.
- Sepakan mula selepas jaringan/skor/try/gol akan dilakukan oleh pasukan yangberjaya melakukan jaringan/skor/try/gol bermaksud bola menjadi milik pasukan yangmeraih mata(winners ball).
- Sepakan mesti melebihi 10 meter dari garisan tengah (half way line).
b) HANTARAN
- Setiap hantaran perlulah ke arah belakang.
- Garisan bayangan(offside wujud selari dengan pemain yang melakukan hantaran bola)
- Bola knoc-on di dalam kawasan try perlu balik 5 meter dan penalty akan diberikanuntuk pasukan bertahan.
- Kesalahan-kesalahan ketika hantaran adalah sama seperti peraturan ragbi 7sebelah. Contohnya seperti forward pass, knock-on dan sebagainya. Untuk semua kesalahan hantaran akan dikenakan penalty/hukuman. Pasukan yang bertahan hendaklah 5 meter jarak dari kawasan ‘tap’ pasukan lawan.
c)
SENTUHAN
- Pembawa bola(ball carrier) yang disentuh perlulah mengeluarkan(membuat hantaran) kepada pemain lain.
- Pembawa bola diberi masa 3 saat atau 3 langkah untuk mengeluarkan bola ataumembuat hantaran setelah disentuh dalam masa dan langkah yang diberikan.
- Ketika pemain disentuh, pengadil akan mengingatkan dengan berteriak denganperkataan 'touch'.
- Jika pemain tidak mengeluarkan bola dalam masa atau langkah yang diberikan,serta merta pengadil akan meniupkan wisel. Akibatknya bola akan bertukar milik (turnover).
- Sentuhan yang dianggap terlalu kuat akan dikenakan HUKUMAN/PENALTI.
d) KESALAHAN
KETIKA HANTARAN
- Ketika membuat hantaran, bola bergerak ke hadapan (forward pass) akibatnya HUKUMAN/PENALTI akan diberikan.
- Bola terjatuh selepas tersentuh, selepas terpegang, ketika membawa, ketika menggenggam dan ketika hendak menangkap (KNOCK ON). PENALTI/HUKUMANakan diberikan.
e)
LINE OUT
- Tiada lifter (pengangkat jumper), cuma ada jumper(pelompat) sahaja ketika line out.
f) KAWASAN MELAKUKAN "TRY"
- 6 x 3 meter dibelakang garisan skor (line try), iaitu dibahagian tengah kawasan skor.
- Setiap skor bernilai satu mata.
g) OFFSIDE
- Pemain yang dikenakan hukuman perlu balik 10 meter ke belakang. Jika tidak,hukuman akan dikenakan iaitu tambahan 10 meter lagi ke belakang.
- Garisan bayangan/offside adalah selari dengan pemain yang disentuh.
- Ahli pasukan yang menyentuh pembawa bola(ball carier) perlu berada 5 meter dari kawasan pemain bola disentuh. Perkara ini perlu di ikut setiap kali berlaku sentuhan.


No comments:
Post a Comment